Thursday, November 26, 2009

eid adha


Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,
ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita?
Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.
Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya.
Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?


Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

Sunday, November 22, 2009

Realiti di Jalan DAKWAH

INILAH JALANNYA

Begitu lama ukhuwah kita bertaut atas jalan ini
Sejak bila, pertemuan pertama, dimanapun sudah kabur di ingatan
Sekian lama ikatan kasih ini terjalin
Sekian lama jugalah aku memendam rasa
Agar kita meniti jalan yang sama, jalan yang panjang penuh cabaran
Begitu banyak kini yang kita raih
Begitu banyak jualah yang masih kita tagih
Impian kita akan sentiasa tinggi
Sebagaimana tingginya hakikat keimanan yang haq itu
Impian kita akan sentiasa kita perjuangkan
Sebagaimana tekadnya sang pejuang qital memburu syahid
Impian kita akan sentiasa kita kongsikan
Sebagaimana kita berkongsi makan diwaktu kepayahan
Ayuh kita layangkan pandangan pada impian ini
Tataplah sinar kejayaan yang pasti itu dengan semangat membara
Agar kita bina halatuju ini kepadanya
Yakinlah ia ada dihujung jalan
Suatu jalan yang panjang, payah dan sukar memang pasti
Menuntut kualiti yang bukan calang-calang
Memerah keringat yang tidakkan terdaya
Begitu banyak lompong hari semalam
Apakah kita layak untuk sekalipun duduk atas jalan ini?
Izzahlah dengan apa yang kita kerjakan!
Moga lompong semalam kita isi di waktu mendatang
kerana tiada lompong atas muka bumi melainkan ia akan segera diisi semula
baik dari tanah mahupun sekujur tubuh manusia
Tika jasad-jasad kita tidak lagi bersua
Tika suara kita tidak lagi saling berbicara
Tika ruh kita menghadap yang maha Esa
Menuntut belas kasih dan rahmanNya
“Ya Allah..aku telah meniti jalan keredhaanMu”
Mampukah kita ucapkan yang sedemikian?
Redhakah kita atas apa yang telah kita kerjakan?
Sahabat, Inilah jalannya
Thabatlah, kerana tiada lagi jalan yang lain

p/s: artikel di copy
krn sgt bermakna
renung2kan

Wahai Jiwa2 Yg Tenang

Pesanan Unit LTK MTEN


Assalamualaikum w.b.t

Selamat Bercuti
Jangan Lupa Jaga SOLAT

Manfaatkan masa sebaiknya dgn
Tabiyah Diri

SALAM AIDIL ADHA

Sunday, November 15, 2009

jamuan wida'

salam perjuangan sahabat-sahabat

dengan penuh rasa syukurnya dan rendah dirinya, kami dari barisan kepimpinan ITC Gen05, ingin menjemput saudara/saudari serta akhi/akhawat naqibah ITC bagi PPISMP Sem 3 untuk menghadiri jamuan wida' ITC yg akan diadakan sebagaimana berikut:

HARI
AHAD

TARIKH
15 NOV 2009

TEMPAT
KULIAH PPISMP 3.02

MASA
LEPAS ISYAK

diharapkan agar dengan kedatangan sahabat2 akan memeriahkan lagi majlis ini. insyaAllah.
note: kepada sesiapa yg masih belum menjelaskan yuran itc sebanyak RM2, sila jelaskan kepada saudara Nursalam.syukran

Monday, November 2, 2009

salam imtihan

hidup memerlukan pengorbanan
pengorbanan memerlukan perjuangan
perjuangan memerlukan kekuatan
kekuatan memerlukan keyakinan
keyakinan penentu kejayaan
kejayaan membawa kebahagiaan

"peliharalah Allah
nescaya Allah akan memeliharamu
peliharalah Allah
nescaya kamu akan menemuiNYA dihadapanmu
kenalilah Allah ketika senang
nescaya Allah akan mengenalimu ketika susah
jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah
dan jika engkau minta tolong, maka minta tolonglah dari ALLAH"

"barangsiapa bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya"
(at-talaq:2)


selamat menempuh peperiksaan!
insyaAllah bittaufiq wan najah fil imtihan nahaie


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template