“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi” (Thaahaa: 55)
Ketika engkau memiliki
tujuan utk dipenuhi dan
mimpi untuk digenapi, Allah sudah
membuka matamu dan
memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..
ALLAH TAHU! Sebuah
hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh
Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa
malaikat maut memerhati
wajah setiap manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari. Ketika
Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang
gelak ketawa. Maka
berkata Izrail:
Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh
Allah Taala untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia
tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa
diperhati oleh
malaikat maut, kecuali
orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini
tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap
kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti
hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai
hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

p/s: sedar atau tidak, kita sentiasa mempunyai pelawat pada setiap hari, maka mari kita sama-sama persiapkanlah diri, dan tingkatkan amal, insyaAllah berjaya.....
~cube hayati gamba dbawh...lihatlah dgn mate hati...betape kerdilnye diri kte......
Lihat
gambar-gambar di bawah ni terasa berdosanya kita semua meremehkan suruhan Allah..