Wednesday, October 14, 2009

APA ITU DAKWAH

DAKWAH

5M

• Mengajak
• Memanggil
• Menyeru
• Menyampai
• Mendorong

Dalam konteks bahasa Arab bermakna, al-wa’zu, al-irsyad, at-tabligh.

Dari segi istilah pula, mengajak atau menyeru ke jalan Allah dengan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran supaya bahagia hidup dunia dan akhirat.


Keperluan untuk berdakwah

• Memikirkan orang lain pun memerlukan dakwah
• Mengelakkan pengaruh secular ( pemisahan agama dan kehidupan)
• Membendung gelaja keruntuhan sosial
• Memansuhkan gerakan musuh – musuh Islam
• Kesinambungan perjuangan Rasulullah saw
• Salah satu jihad jasadiyy wa fikriyah.

Apakah isi/ maudu’ dakwah?

• Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan dan panduan

Siapa yang perlu berdakwah?

• SEMUA umat manusia.

Kenapa?

Sebab tugas kita ialah HAMBA dan KHALIFAH

Apa hukum berdakwah?

“Ballighu ‘anni walau ayah”
Maksudnya, serulah kepadaku walau satu ayat!


Dakwah merupakan fardhu ‘ain dan kifayah.


Allah berfirman,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.”
[Surah Ali-Imran : 104]




Sasaran dakwah?

• Seluruh ummat manusia
• Golongan al-malak (orang yang ada kelebihan dari segi kebendaan)
• Golongan al-Jumhur (golongan pertengahan/orang awam) kerana mereka ini tiada sifat cinta pada dunia dan tidak pula sombong.
• Golongan orang yang membuat maksiat (al-‘asi)

Ciri – ciri dakwah :

• Jihad
• Akhlak
• Positif
• Rabbaniyyah
• Aqliah
• Ruhiyyah
• Syumul
• Fleksibel
• Seimbang
• Insaniah
• Kentemporari
• Sederhana
• Jelas
• Universal
• Syura


SEMOGA KITA LEBIH GAGAH UNTUK MELANGKAH DEMI GENERASI MASA DEPAN

SEMOGA JELAS FIKRAH DAKWAH KITA

JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGA MU

JOM KITA SAMA2 PERBAIKI DIRI DAN SERULAH ORANG LAIN

Tuesday, October 13, 2009

solat dan kita

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:


Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.

SANG MURABBI??? APE TUE......


Jom Kita Menonton
Isi waktu lapang kita
Mencari Spirit yg Hilang

di Dewan Idris Al-Marbawi
9.00 p.m. (8.45p.m.) bolh dtg
jumaat 16/10/09

JOM SAHABAT SEMUA!!

Sunday, October 11, 2009

Kita Sahabat IBLIS atau Musuh IBLIS?




Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..

Cuba sahabat sekalian refleksi diri..samada perlakuan yang kita buat sehari-hari adalah menjurus untuk menjadi kekasih Allah ataupun kekasih IBLIS??

Wednesday, October 7, 2009

..PERUBAHAN: 1 KEPAHITAN, NAMUN TERSELIT 1001 KEMANISAN..

"PEREMPUAN YG SUCI ADALAH PEREMPUAN YG DIJAGA OLEH ALLAH, TAK SEDIKIT PUN ALLAH MEMBENARKAN MANA2 LELAKI MENYENTUH DIRINYA WALAUPUN HATINYA... KERANA ALLAH TERAMAT MENCINTAINYA.. TAPI ANDAI KITA BERGELUMANG DENGAN CINTA LELAKI, DI MANA ALLAH DLM MENJAGA KITA? ALLAH SEPERTI MELEPASKAN KITA KPD SEORANG MANUSIA YG LEBIH BYK MENGECEWAKAN KITA. JIKA ALLAH DATANGKAN KESEDARAN DLM DIRI SUPAYA MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI, BERMAKNA ALLAH MAHU AMBIL KITA KEMBALI UNTUK DIJAGA-NYA.

MENGAPA MASIH RAGU-RAGU???
KEKUATAN USAH DITUNGGU,TP HARUS DICARI..
JAGA IMAN, JAGA HATI..
(*_^)

..iktibar utk sume...

salam ahli2 usrah yg dihormati..diharap semuany sentiasa berada dlm jagaan ALLAH.same2 kte perbaiki diri. jgn pentingkan keredhaan manusia atas kemurkaan ALLAH.same2 ambil iktibar dgn cerita d bwh..
"bismillahirrahmanirrahim......."

_______________________________________________________

Hari ini cukup bersejarah bagi ana. Maafkanku sahabatku, temanku dunia akhirat.

Teguranku buatmu pada hari yang mulia ini adalah kerana aku ingin kau menjadi temanku di Syurga bukan saja di dunia ini kita akrab. Pimpinlah aku ke jalan kebenaran sebagaimana aku memimpinmu kepada kebenaran, duhai sahabat terhormatku.

Pertama kali kami menangis bersama..

Aku mengagumimu, duhai mawar berduriku.

Ana baru mendapat berita, bahawa salah seorang sahabat yang paling ana hormati dan kagumi, terlanjur dalam lembah cinta palsu yang hina.

Ana kaget. Ana terus rebah ke bumi. Sahabat yang menyampaikan bukanlah sembarangan tapi sumber yang sangat akrab dan sangat terpercaya. Dia bertanyakan ana perlukah ana diberi bantuan pernafasan? (Sempat dia bergurau dengan ana).

Tak perlu, ana masih bernafas dengan baik.

Purdah ana menyembunyikan wajah ana yang pastinya pucat teramat mendengarkan berita paling buruk ini.

Ana terduduk kembali. Hati ini sangat sayu dan ingin menangis. Tapi, ana kawal kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Ana sudah bersiap ke kelas, justeru tidak mahu menangisi kebodohan ana sendiri yang sangat tidak menjaga kebajikan dan tarbiyah sahabat akrab ana sendiri.

“Aku yang bersalah dalam hal ini”.

Ana katakan banyak kali pada diri ana sepanjang langkah ana atur ke kelas dalam 2 kilometer perjalanan. Ana yakin ana lah yang sepatutnya dipersalahkan.

Sepanjang perjalanan ana berkira-kira sendiri. Mampukah ana sebagai sahabatnya untuk mengembalikannya kepada dirinya yang ana kenali?

Mana mungkin?

Mana mungkin?

Mana mungkin?

Ana masih tidak percaya akan apa yang baru ana terima. Neuron otak ana sangat cepat menyampaikan apa yang difikir. Ana harap tiada litar pintas berlaku. Ana menggeleng lagi. Ana mesti siasat.

Setibanya di luar kelas, ana terserempak dengannya dan ana katakan yang ana tidak mempunyai kredit justeru ingin meminjam telefon bimbitnya. Sahabat ana nampaknya tenang dan ana menunggu dengan sabar dia melakukan sesuatu pada telefonnya sebelum diberikan pada ana. Sahabat ana memang baik hati. Dia tidak berkira soal kredit.

Justeru umum maklum bahawa ana tidak reti menggunakan hp yang canggih walaupun canggihnya sedikit. Ana membelek-belek hpnya dan menyelidikinya . Jenuh juga kerana ana memang tidak faham hp yang canggih ini.

Beberapa kali ana mengerling padanya, bimbang disyaki. Tapi, sahabat ana nampaknya khusyuk. Kebanyakan mesej adalah dari ana dan sahabat perempuan lain yang merupakan kalam taujihad.

Mula-mula ana agak lega kerana menyangkakan tuduhan dan khabar angin yang ana terima adalah tidak benar kerana ana cukup menghormati sahabat ana ini. Tiba-tiba ana mendapati ada mesej-mesej yang agak baru daripada insan bernama lelaki.

Inbox

1.“ Sayang.. bgun ye, kte wt solat tahajud n hajat same2 ye syg..”

Gulp. Nak muntah ana dibuatnya. Ini luar biasa bagi pejuang Islam yang mantap.

Sent Items

1.“Enta, terharu sgt ana..enta kejutkan ana hmpir stiap mlm tuk qiam..syukran bang..”

2.“Wassalam..dh siap dh..td kan bkal suami ana kjutkn ana..alhmdulillah..syukran enta..”

Alangkah kecewanya. Mungkin sahabat ana terlepas pandang untuk delete.

Jelas terbukti segalanya. Ana sebak. Menggeletar tangan ana memegang hp yang bagi ana kotor dengan maksiat.

Ana terus menghantar mesej agar kembali ke pangkal jalan kepada teman lelakinya yang bukanlah orang asing bagi ana. Kenalan ana juga. Kemudian ana memadamkan semua mesej yang berbaur zina hati di dalam hp sahabat ana sehingga bersih. Sebagaimana ana inginkan agar sahabat ana bersih kembali, begitu jugalah ana melakukan pada hpnya. Justeru setelah tamat kelas, ana mengembalikan hpnya dan dia seolah-olah membaca sesuatu. Sengaja ana meninggalkan mesej ana pada teman lelakinya di ‘sent items’ untuk dibaca olehnya.

Teguran ana adalah untuk mereka berdua.

Begini mesej ana untuk mereka:

“ Dah, ana dah bersihkan hp ni dari unsur-unsur zina hati. Usah malu dengan ana tapi malu dengan Allah. Ya Allah, ampunkan sahabat2ku ini kiranya terlanjur dalam cinta nafsu, ya Allah mereka sahabat-sahabatku yang terbaik lagi terhormat, kumohon Kau buka pintu taubat seluasnya untuk mereka sempena Ramadhan ini. Amin ya Allah. Permudahkan urusan jodoh sahabat-sahabat yang kuhormati ini penuh kesucian dalam redha-Mu.”

Dua pejuang Islam yang ana hormati, beginikah tauladan untuk adik-adik yang ingin kembali kepada fitrah Islam? Ini kes ketujuh yang ana perlu selesaikan di peringkat pejuang Islam.

Lama-lama ana boleh jadi benci sangat dengan dunia. Kes-kes begini sangat perit untuk ana uruskan. Semuanya perlu tegur direct pada kedua-dua pasangan, mana yang kuat, mungkin tegur seorang sahaja sudah cukup untuk bertegas kembali dengan pasangannya. PUTUS. Itu sahaja istilah sesuai bagi pejuang Islam. Berapa jiwa wanita sudah menangis menerima kalam ini. Putus kerana Allah. Tugas pejuang Islam lebih banyak dari masanya. Tambahan pula adik2 usrah seakan tidak dapat sentuhan hati jika naqib atau naqibahnya ada kes begini. Inilah racun2 di jalan dakwah dan tarbiyah. Racun yang menyukarkan dakwah dan melembapkan gerak kerja Islam. Air mata ana sering tumpah bersama para mujahid dan mujahidah yang terpaksa putus atas arahan saf pimpinan dakwah dan tarbiyah.

Ya, ana perlu kuat untuk ISLAM. Tiada istilah tidak boleh hidup tanpa cinta manusia lantaran ana bertahun sudah bermujahadah. Ana lemah tapi kuat dengan janji Allah. Jika ana sebegini lemah boleh lakukan, kenapa tidak antum semua? Kalau kita mampu bernikah sudah lama kita bernikah, tapi ketidak mampuan salah satu pihak itulah yang menyebabkan sebelah pihak lagi merana. Tidak, dua2 merana usah menipu. Tidak mengapa untuk Islam, bertahanlah beberapa tahun. Allah akan permudahkan jalan menuju redho-Nya.

Enam kes, bukanlah mudah diselesaikan walaupun mereka faham Islam. Yang ini tentu agak mudah kerana mereka sangat faham dan mempelajari tentang Islam.

Tidak heranlah di luar sana berlambak lagi kes cinta hingga berzina. Mereka kurang tarbiyah. Usah samakan pejuang Islam yang sudah ditarbiyah dangan nilai-nilai Islam dengan mereka di luar sana. Tidak sama walaupun kita manusia dan punya hati dan perasaan juga. Ya, tugas kita untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Mereka menanti tangan-tangan kita untuk menyambut tangan mereka dan membawa pada kasih sayang Allah. Bukankah banyak tugas kita? Maka, adakah punya lagi masa untuk bercinta?

Ayuh pejuang! Jangan menafikan kemampuanmu yang Allah kurniakan kekuatan untuk bermujahadah. Ya, BERANI! Cari berani dalam diri sendiri. Keberanian dan kekuatan itu dipupuk bukannya datang bergolek pada seseorang. Wahai pejuang, pupuklah jiwamu untuk kuat dan berani, menjadi seorang yang bermaruah dan punya harga diri. Nilai diri yang dipupuk sedari kecil itulah yang mekar bersama iman menjadi benteng hidupmu menolak hasutan syaitan dan nafsu.

Untukmu para pejuang Islam, jangan harap ada ruang untuk zina sekalipun zina hati. Tidak akan ada ruang untuk percintaan yang haram jika sahabat semua bertugas dengan ana di saf yang sama dalam perjuangan membela agama-Nya. Kembalilah kepada ampunan dan kasih sayang Allahu Robbi.

Nak benci ana, bencilah. Biar benci di dunia jangan kita bermusuh di akhirat. Ana tak sanggup ke neraka kerana kelemahanmu dan tidak sanggup bersamamu di neraka bersama. Biar kita bersama di Syurga, itu kan impian kita semua.

Ana menghampirinya dan mengajaknya berbuka puasa bersama.

Akhirnya dia bertanyakan ana adakah ana sudah menegur teman lelakinya? Ana mengangguk dan ana mengingatkannya tentang Allah dan mengajaknya untuk kembali bertaubat. (dalam hati ana kurang yakin untuk menegurnya secara berdepan, ana malu dan ana menghormatinya sebagai seorang sahabat yang sangat baik).

Allah mula membuka naungan kasih-Nya buat kami. Ana sebenarnya sangat gugup untuk berdepan kenyataan ini, tapi nampaknya pintu hatinya telah terbuka luas untuk menerima kalam taujihad dari ana.

Maka ana menghampirinya, sahabat lain yang menghampiri kami, kami minta untuk beredar. Seorang demi seorang sahabat lain mula meninggalkan kami.

Kami berdua meluahkan secara ringkas apa yang kami rasa.

Dia meluahkan kelemahannya. Ana meluahkan kekesalan ana yang teramat kerana mengabaikannya sebagai seorang sahabat. Ya, ana yang lemah, dalam pada ana mentarbiyah adik2, sahabat sendiri ana abaikan. Ana akui ana terlepas pandang, ana selalu memberi perhatian lebih pada sahabat2 yang bermasalah, sangka ana yang kuat boleh memimpin diri sendiri. Tapi, ana lupa syaitan benci sangat dengan mukmin yang kuat, pasti digoyahkannya dengan apa cara.

Aduh sahabatku, aku cukup menyesal..

Sahabat yang ana kasihi mula menjelaskan segalanya. Katanya pagi ini dia rasa semangat baru untuk mencari siapa dirinya sebenar. Ana katakan padanya, ana inginkan dirinya yang dulu yang suci dan terpelihara umpama mawar berduri. Dia menjelaskan satu persatu pada ana bahawa dia seolah-olah tidak berada di bumi nyata sebulan yang lalu. Seolah-olah yang yang hidup itu bukan dirinya, dan sahabat ana menyatakan bahawa inginnya beliau kembali mencari cinta Allah.

“Yati, saya tak tahu apa dah jadi pada diri saya. Rasanya seperti tidak berpijak di bumi nyata. Baru sebulan segalanya bermula tapi rasa macam dah setahun tidak bererti hidup ini.”

Setiap butir bicaranya bagai menusuk hati ini. Sahabat ana berkata bahawa sangkanya ana telah lama tahu tapi kenapa ana mendiamkan? Katanya dia menanti-nanti seseorang untuk membawanya kembali ke jalan pulang. Ana sedih sangat. Ana tunduk. Ana menekup muka ana dan hanya menjadi pendengar.

Ya Allah, baru hari ini kutahu..Tidak sampai dua jam yang lepas…Setitis demi setitis air mata ana gugur lantaran mendengarkan luahannya bagaimana beliau boleh jatuh ke lembah hina itu(lembah cinta manusiawi yang tidak halal). Ya Allah bagaimana kami boleh bersama tapi aku sedikitpun tidak tahu rahsia yang disimpannya…sebulan lamanya sedikitpun tidak aku terhidu yang buruk pada dirinya…

Dia meluahkan segalanya. Dia ternanti-nanti ada antara sahabat yang menegurnya tapi tiada. Hampir gugur jantung ana. Jika semua pejuang Islam menunggu teguran seperti ini,bagaimanalah ana menguruskan soal tarbiyah ini.

Akhirnya kami menangis bersama. Ana memeluknya dan menjelaskan sesungguh-sungguh padanya bahawa ana tidak mahu kehilangan sahabat ana yang dulu yang ana kenali dan ana kagumi dan ana hormati. Ana katakan padanya :

Kita manusia biasa punya hati dan perasaan. Tapi kita kena pendam sebab belum masanya. Anti pun tahu, ana juga menyukai seorang manusia, namun Allah menakdirkan kami belum dijodohkan. Bertahun lamanya, kerja ana hanyalah menangis setiap kali ingin menghantar mesej padanya.

“Ingatkan Yati kuat” kata sahabat ana terkejut.

Mana ada manusia yang tiada hati dan perasaan dan mana ada kekuatan yang datang tanpa pengorbanan untuk kuat. Itu fikir ana. Manusia suka fikir ana kuat tapi mereka tidak tahu ana berjuang untuk kuat, ana menangis dalam kuat dan ana menahan dan melawan sekuatnya untuk kuat.

Kami terus menangis bersama.

Kami bersama mengulang-ulangi prinsip hidup yang mendarah daging dalam diri kami. Ya.

Tiada cinta “ana”“anti” dalam hidup kami. Dan tiada istilah cinta islamik. Ana katakan pada sahabat ana, “walaupun ‘si dia’ mengejut sahabat ana qiam, ana katakan padanya, dalam bangun qiam siapa yang sahabat ingat? Pastinya Allah dan lelaki tersebut. Tak mungkin Allah sahaja.” Dia mengangguk mengiakan.

“Ini bermakna tetap berlaku penyekutuan pada Allah di situ. Dalam kebaikan pasti teringatkan ‘dia’ di samping ingat Allah. Di situ zina hati berlaku” ana mengingatkannya.

Dia mengangguk dan meminta dengan sangat supaya ana membantunya kembali ke jalan pulang. Ana katakan padanya, bantulah diri sendiri, Allah akan mempermudahkan insya Allah. Ana akan bantu tapi jika diri sendiri tidak mahu berubah, maka bantuan ana tiada gunanya.

Ana mengingatkannya akan pesanan mak ana bahawa seorang lelaki yang soleh akan tahu jalan ke rumah wanita solehah untuk bertemu ibu bapanya. Tiada jalan pintas.

Yakinlah wahai sahabatku, jika dia terbaik buatmu, dia akan bertemu ibu bapamu. Sahabat ana mengangguk dan menjelaskan dia sudah mengingatkan lelaki tersebut.

“Yakinlah sahabatku, di mana mawar berduri yang amat aku hormati dulu? Di mana mujahidah Islam yang sangat memelihara kehormatannya yang kukenali dulu?”

Kami terus menangis bersama.

Sahabat ana tahu benar tugas ana yang begitu besar untuk mentarbiyah adik-adik.

Kami menangis dan saling memberikan motivasi. Kami kena kuat kerana kami pembawa agama.

Ana ingat sangat mesej yang ana baru hantarkan padanya pukul 3 pagi itu, tak sangka Allah membuka hijab antara kami untuk saling bertegur untuk kebaikan pada petang yang sama. Allah tentu tahu sayangnya ana pada sahabat ana ini.

“ Wahai ukhtiku, ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi supaya ia bencikan sesuatu yang remeh, ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia bencikan kehinaan, berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara. Semoga ukhuwah ini akan menjadi saksi di akhirat sana, bahawa kita pernah bersama dalam episod perjuangan membela agama-Nya”.

Pada ana soal sahabat-sahabat yang fikrah Islamnya sudah jelas di hati, teguran sekali sudah cukup.

“Tolonglah ukhtiku, usah ulangi lagi. Kita ada banyak tugasan lain. Adik-adik perlukan kita, usah kita sendiri menjadi hamba pada nafsu.”

Azan Asar mengiringi episod tangisan kami berdua. Inilah pertama kalinya kami menangis bersama..

“ Kembalilah wahai ukhtiku, menjadi mawar berduri idolaku dan ikutan adik-adik. Allah mencintaimu ukhtiku sebab itu hanya sebulan ujian buatmu dan Dia menjemputmu kembali pada-Nya.”

Pesananku buat remaja. Sehinggalah ke saat lelaki yang kita suka menikahi kita, jika tiada urusan rasmi, jika nak menghantar mesej kepadanya ikutlah step berikut. Berikut adalah stepnya:

Ha 1.Hantarkan mesej yang hendak dihantar padanya kepada teman dan sahabat perempuan. Jika lagi baik pastikan nombornya tiada dalam hp kita.

2.Jika masih nak hantar mesej lagi pada si dia, cuba buat kerja lain. Sibukkan diri dengan ilmu. Banyakkan membaca.

3.Jika nak hantar mesej juga, habiskan kredit menghantar mesej pada teman dan sahabat perempuan.

4.Jika ada rasa nak mesej lagi, baca al-Qur’an. Sibukkan diri buat itu dan ini. Bergerak dan jangan termenung.

5.Jika masih runsing lagi dan kredit ada lagi, keluarkan sim card dari hp dan tidur.

6.Jika tidak boleh tidur, menangislah pada Allah mohon ketenangan hati sehinggalah tidur.

7.Esoknya, kita akan ke kelas dan lupakan. Insya Allah

8.Perasaan ini akan datang seminggu sekali tapi jika kita sibuk sebulan sekali mungkin, jadi, sibuk- sibukkanlah diri. Siapa yang sangat sibuk dengan dakwah nescaya, setahun hanya beberapa kali sahaja dia teringat si dia, lantas menangis sekejap sahaja dan kembali sibukkan diri, maka akan lupa.

9.Setiap kali perasaan rindu ini datang, ulang cara yang sama. Insya Allah.

10.Apa yang paling penting hubungan dengan Allah mesti jaga. Luahkan segalanya pada Allah setiap kali sujud terakhir dalam solat dan berdoalah

“ Robbana hablana min ajwajina wa zurriyatina qurrotaa’yunin waj’alna lil muttaqina imaama”.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakan kami suami dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikan kami kalangan hamba-Mu pemimpin yang bertakwa . Aamiin.

Maafkanku teman.

Akulah yang paling hina membiarkan dirimu hanyut sebulan lamanya dalam palsu cinta duniawi.

Moga Ramadhan al-mubarak yang kunanti menjadi noktah bidayah buat kita semua untuk kembali berserah diri, rindu dan cinta hanya untuk-Nya, ALLAHU Robbul ‘alamiin….dan bersamalah kita memperbaharui taubat kita pada-Nya.

Ya Allah kepada-Mu kami berserah diri dan bertawakkal.

Ana dan teman serta sahabat ana semua akan terus membela agama Allah biarpun pelbagai ujian melanda diri kami dalaman dan luaran.

“Tidak mahu kuakui tewas,

Biar menggunung badai menghempas,

Tidak mahu kuterus menangis,

lantaran pujukan-Mu cukup manis…”

(petikan dari buku Tautan Hati tulisan Kak Fatimah Syarha Nordin)

(Surah Yaasin adalah penghibur dukaku) Surah an-Nahl dan as-Soff juga *-*

Insya Allah.

Wallahua’lam.

Sunday, October 4, 2009

Mari kita Renung kembali..

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Tidak salah tetapi ada batasannya. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.
Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya. Dalam Al-Quran ada menyebut:

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."
Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah.

Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan mahram:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan dn fitnah dunia.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.


Maha Besar ALLAH yang tahu akan kelemahan hati kami..

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yg lemah ini dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN"

WALLAHUA'LAM...BE WARE OF IKHTILAT

Didiklah diri dgn Ayat2 Cinta ILAHI(KALAMULLAH)
Didiklah diri untuk sentiasa Berzikir kpd NYA

sm2 kt memperbaiki diri, dn menyeru org lain...

JALAN UNTUK MENUJU KEBAHAGIAAN HAKIKI AMAT SUKAR DAN PENUH DENGAN ONAK DURI..SAMA2 KITA MENYUSURI JALAN BERDURI ITU..

PERJUANGAN PERLUKAN PENGORBANAN

Dalam sebuah perjalanan kita selalu mencari jalan yg mudh utk dilalui, tp adakalanya kita akan melalui jalan yg berduri, jalan yg amat memedihkan, jalan yg amat menyakitkan..
kita mesti didik diri kita untuk sanggup menyusuri jalan itu demi meraih cinta NYA.


Saturday, October 3, 2009

Muhasabah buat Seorang DAIE

bila mana kefahaman yg JELAS tidak dibina,
bila mana dasar aqidah yg kukuh tidak diletakkan,
bila mana ukhuwwah islamiah antara kita tidak diteguhkan,
bila mana amalan-amalan fardi tidak dijaga,
bila mana jiwa tidak dibersihkan sentiasa dgn zikrullah,
bila mana badan tidak dibangunkan sentiasa dgn qiamullail,
bila mana tilawah tidak menjadi sebatian qalb,
bila mana mathurat menjadi abaian,
bila mana solat jamaah menjadi pinggiran,
bila mana maksiat kecil dan besar bertambah,
bila mana tarbiyyah dzatiah tidak menjadi penemannya,

maka....

merudumlah komitmen seorang daie pada aktiviti dakwah...
kuranglah mad'u yg terikat hatinya...
terbantut tarbiyyahnya...

justeru buat DIRI INI dan para daie yg memikul tnggungjawab dakwah ini....
muhasabah diri kita...
kerana percayalah kita sangat memerlukan jalan ini...
kerana jalan ini yg membimbing kita pada redha-Nya...
bukan dgn pasti aku katakan tiada jalan lain,
tp ini jalan yg Junjungan-Nya tunjukkan pada kita,
menyebarkan Islam dengan bermula hanya seorang,
bersusah payah selama 23 tahun dalam berdakwah,
akhirnya Islam dalam gemilang,
namun kembali tumbang dek kerana kosongnya jiwa,
jadi kita daie dakwah pada hari ini,
mesT isikan kembali jiwa-jiwa yg kosong itu,
Islam tidak memerlukan kita,
malah Islam pasti akan menang walaupun tanpa kita,
cuma kita yg sangat memerlukan Islam......


Teruskan Perjuangan....Teruskan dn teruskan

jangan berhenti walaupun sedetik...

Bersabarlah dalam Perjuangan...

Berjuang tak pernah senang..

INNALAH MA'ANA

WALLAHU A'LAM

Salam Aidil Fitri

Salam Syawal Untuk Semua
Semoga kita menjadi hamba yg lbih bertaqwa..
Jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjaga mu


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template