Wednesday, October 7, 2009

..PERUBAHAN: 1 KEPAHITAN, NAMUN TERSELIT 1001 KEMANISAN..

"PEREMPUAN YG SUCI ADALAH PEREMPUAN YG DIJAGA OLEH ALLAH, TAK SEDIKIT PUN ALLAH MEMBENARKAN MANA2 LELAKI MENYENTUH DIRINYA WALAUPUN HATINYA... KERANA ALLAH TERAMAT MENCINTAINYA.. TAPI ANDAI KITA BERGELUMANG DENGAN CINTA LELAKI, DI MANA ALLAH DLM MENJAGA KITA? ALLAH SEPERTI MELEPASKAN KITA KPD SEORANG MANUSIA YG LEBIH BYK MENGECEWAKAN KITA. JIKA ALLAH DATANGKAN KESEDARAN DLM DIRI SUPAYA MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI, BERMAKNA ALLAH MAHU AMBIL KITA KEMBALI UNTUK DIJAGA-NYA.

MENGAPA MASIH RAGU-RAGU???
KEKUATAN USAH DITUNGGU,TP HARUS DICARI..
JAGA IMAN, JAGA HATI..
(*_^)

..iktibar utk sume...

salam ahli2 usrah yg dihormati..diharap semuany sentiasa berada dlm jagaan ALLAH.same2 kte perbaiki diri. jgn pentingkan keredhaan manusia atas kemurkaan ALLAH.same2 ambil iktibar dgn cerita d bwh..
"bismillahirrahmanirrahim......."

_______________________________________________________

Hari ini cukup bersejarah bagi ana. Maafkanku sahabatku, temanku dunia akhirat.

Teguranku buatmu pada hari yang mulia ini adalah kerana aku ingin kau menjadi temanku di Syurga bukan saja di dunia ini kita akrab. Pimpinlah aku ke jalan kebenaran sebagaimana aku memimpinmu kepada kebenaran, duhai sahabat terhormatku.

Pertama kali kami menangis bersama..

Aku mengagumimu, duhai mawar berduriku.

Ana baru mendapat berita, bahawa salah seorang sahabat yang paling ana hormati dan kagumi, terlanjur dalam lembah cinta palsu yang hina.

Ana kaget. Ana terus rebah ke bumi. Sahabat yang menyampaikan bukanlah sembarangan tapi sumber yang sangat akrab dan sangat terpercaya. Dia bertanyakan ana perlukah ana diberi bantuan pernafasan? (Sempat dia bergurau dengan ana).

Tak perlu, ana masih bernafas dengan baik.

Purdah ana menyembunyikan wajah ana yang pastinya pucat teramat mendengarkan berita paling buruk ini.

Ana terduduk kembali. Hati ini sangat sayu dan ingin menangis. Tapi, ana kawal kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Ana sudah bersiap ke kelas, justeru tidak mahu menangisi kebodohan ana sendiri yang sangat tidak menjaga kebajikan dan tarbiyah sahabat akrab ana sendiri.

“Aku yang bersalah dalam hal ini”.

Ana katakan banyak kali pada diri ana sepanjang langkah ana atur ke kelas dalam 2 kilometer perjalanan. Ana yakin ana lah yang sepatutnya dipersalahkan.

Sepanjang perjalanan ana berkira-kira sendiri. Mampukah ana sebagai sahabatnya untuk mengembalikannya kepada dirinya yang ana kenali?

Mana mungkin?

Mana mungkin?

Mana mungkin?

Ana masih tidak percaya akan apa yang baru ana terima. Neuron otak ana sangat cepat menyampaikan apa yang difikir. Ana harap tiada litar pintas berlaku. Ana menggeleng lagi. Ana mesti siasat.

Setibanya di luar kelas, ana terserempak dengannya dan ana katakan yang ana tidak mempunyai kredit justeru ingin meminjam telefon bimbitnya. Sahabat ana nampaknya tenang dan ana menunggu dengan sabar dia melakukan sesuatu pada telefonnya sebelum diberikan pada ana. Sahabat ana memang baik hati. Dia tidak berkira soal kredit.

Justeru umum maklum bahawa ana tidak reti menggunakan hp yang canggih walaupun canggihnya sedikit. Ana membelek-belek hpnya dan menyelidikinya . Jenuh juga kerana ana memang tidak faham hp yang canggih ini.

Beberapa kali ana mengerling padanya, bimbang disyaki. Tapi, sahabat ana nampaknya khusyuk. Kebanyakan mesej adalah dari ana dan sahabat perempuan lain yang merupakan kalam taujihad.

Mula-mula ana agak lega kerana menyangkakan tuduhan dan khabar angin yang ana terima adalah tidak benar kerana ana cukup menghormati sahabat ana ini. Tiba-tiba ana mendapati ada mesej-mesej yang agak baru daripada insan bernama lelaki.

Inbox

1.“ Sayang.. bgun ye, kte wt solat tahajud n hajat same2 ye syg..”

Gulp. Nak muntah ana dibuatnya. Ini luar biasa bagi pejuang Islam yang mantap.

Sent Items

1.“Enta, terharu sgt ana..enta kejutkan ana hmpir stiap mlm tuk qiam..syukran bang..”

2.“Wassalam..dh siap dh..td kan bkal suami ana kjutkn ana..alhmdulillah..syukran enta..”

Alangkah kecewanya. Mungkin sahabat ana terlepas pandang untuk delete.

Jelas terbukti segalanya. Ana sebak. Menggeletar tangan ana memegang hp yang bagi ana kotor dengan maksiat.

Ana terus menghantar mesej agar kembali ke pangkal jalan kepada teman lelakinya yang bukanlah orang asing bagi ana. Kenalan ana juga. Kemudian ana memadamkan semua mesej yang berbaur zina hati di dalam hp sahabat ana sehingga bersih. Sebagaimana ana inginkan agar sahabat ana bersih kembali, begitu jugalah ana melakukan pada hpnya. Justeru setelah tamat kelas, ana mengembalikan hpnya dan dia seolah-olah membaca sesuatu. Sengaja ana meninggalkan mesej ana pada teman lelakinya di ‘sent items’ untuk dibaca olehnya.

Teguran ana adalah untuk mereka berdua.

Begini mesej ana untuk mereka:

“ Dah, ana dah bersihkan hp ni dari unsur-unsur zina hati. Usah malu dengan ana tapi malu dengan Allah. Ya Allah, ampunkan sahabat2ku ini kiranya terlanjur dalam cinta nafsu, ya Allah mereka sahabat-sahabatku yang terbaik lagi terhormat, kumohon Kau buka pintu taubat seluasnya untuk mereka sempena Ramadhan ini. Amin ya Allah. Permudahkan urusan jodoh sahabat-sahabat yang kuhormati ini penuh kesucian dalam redha-Mu.”

Dua pejuang Islam yang ana hormati, beginikah tauladan untuk adik-adik yang ingin kembali kepada fitrah Islam? Ini kes ketujuh yang ana perlu selesaikan di peringkat pejuang Islam.

Lama-lama ana boleh jadi benci sangat dengan dunia. Kes-kes begini sangat perit untuk ana uruskan. Semuanya perlu tegur direct pada kedua-dua pasangan, mana yang kuat, mungkin tegur seorang sahaja sudah cukup untuk bertegas kembali dengan pasangannya. PUTUS. Itu sahaja istilah sesuai bagi pejuang Islam. Berapa jiwa wanita sudah menangis menerima kalam ini. Putus kerana Allah. Tugas pejuang Islam lebih banyak dari masanya. Tambahan pula adik2 usrah seakan tidak dapat sentuhan hati jika naqib atau naqibahnya ada kes begini. Inilah racun2 di jalan dakwah dan tarbiyah. Racun yang menyukarkan dakwah dan melembapkan gerak kerja Islam. Air mata ana sering tumpah bersama para mujahid dan mujahidah yang terpaksa putus atas arahan saf pimpinan dakwah dan tarbiyah.

Ya, ana perlu kuat untuk ISLAM. Tiada istilah tidak boleh hidup tanpa cinta manusia lantaran ana bertahun sudah bermujahadah. Ana lemah tapi kuat dengan janji Allah. Jika ana sebegini lemah boleh lakukan, kenapa tidak antum semua? Kalau kita mampu bernikah sudah lama kita bernikah, tapi ketidak mampuan salah satu pihak itulah yang menyebabkan sebelah pihak lagi merana. Tidak, dua2 merana usah menipu. Tidak mengapa untuk Islam, bertahanlah beberapa tahun. Allah akan permudahkan jalan menuju redho-Nya.

Enam kes, bukanlah mudah diselesaikan walaupun mereka faham Islam. Yang ini tentu agak mudah kerana mereka sangat faham dan mempelajari tentang Islam.

Tidak heranlah di luar sana berlambak lagi kes cinta hingga berzina. Mereka kurang tarbiyah. Usah samakan pejuang Islam yang sudah ditarbiyah dangan nilai-nilai Islam dengan mereka di luar sana. Tidak sama walaupun kita manusia dan punya hati dan perasaan juga. Ya, tugas kita untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Mereka menanti tangan-tangan kita untuk menyambut tangan mereka dan membawa pada kasih sayang Allah. Bukankah banyak tugas kita? Maka, adakah punya lagi masa untuk bercinta?

Ayuh pejuang! Jangan menafikan kemampuanmu yang Allah kurniakan kekuatan untuk bermujahadah. Ya, BERANI! Cari berani dalam diri sendiri. Keberanian dan kekuatan itu dipupuk bukannya datang bergolek pada seseorang. Wahai pejuang, pupuklah jiwamu untuk kuat dan berani, menjadi seorang yang bermaruah dan punya harga diri. Nilai diri yang dipupuk sedari kecil itulah yang mekar bersama iman menjadi benteng hidupmu menolak hasutan syaitan dan nafsu.

Untukmu para pejuang Islam, jangan harap ada ruang untuk zina sekalipun zina hati. Tidak akan ada ruang untuk percintaan yang haram jika sahabat semua bertugas dengan ana di saf yang sama dalam perjuangan membela agama-Nya. Kembalilah kepada ampunan dan kasih sayang Allahu Robbi.

Nak benci ana, bencilah. Biar benci di dunia jangan kita bermusuh di akhirat. Ana tak sanggup ke neraka kerana kelemahanmu dan tidak sanggup bersamamu di neraka bersama. Biar kita bersama di Syurga, itu kan impian kita semua.

Ana menghampirinya dan mengajaknya berbuka puasa bersama.

Akhirnya dia bertanyakan ana adakah ana sudah menegur teman lelakinya? Ana mengangguk dan ana mengingatkannya tentang Allah dan mengajaknya untuk kembali bertaubat. (dalam hati ana kurang yakin untuk menegurnya secara berdepan, ana malu dan ana menghormatinya sebagai seorang sahabat yang sangat baik).

Allah mula membuka naungan kasih-Nya buat kami. Ana sebenarnya sangat gugup untuk berdepan kenyataan ini, tapi nampaknya pintu hatinya telah terbuka luas untuk menerima kalam taujihad dari ana.

Maka ana menghampirinya, sahabat lain yang menghampiri kami, kami minta untuk beredar. Seorang demi seorang sahabat lain mula meninggalkan kami.

Kami berdua meluahkan secara ringkas apa yang kami rasa.

Dia meluahkan kelemahannya. Ana meluahkan kekesalan ana yang teramat kerana mengabaikannya sebagai seorang sahabat. Ya, ana yang lemah, dalam pada ana mentarbiyah adik2, sahabat sendiri ana abaikan. Ana akui ana terlepas pandang, ana selalu memberi perhatian lebih pada sahabat2 yang bermasalah, sangka ana yang kuat boleh memimpin diri sendiri. Tapi, ana lupa syaitan benci sangat dengan mukmin yang kuat, pasti digoyahkannya dengan apa cara.

Aduh sahabatku, aku cukup menyesal..

Sahabat yang ana kasihi mula menjelaskan segalanya. Katanya pagi ini dia rasa semangat baru untuk mencari siapa dirinya sebenar. Ana katakan padanya, ana inginkan dirinya yang dulu yang suci dan terpelihara umpama mawar berduri. Dia menjelaskan satu persatu pada ana bahawa dia seolah-olah tidak berada di bumi nyata sebulan yang lalu. Seolah-olah yang yang hidup itu bukan dirinya, dan sahabat ana menyatakan bahawa inginnya beliau kembali mencari cinta Allah.

“Yati, saya tak tahu apa dah jadi pada diri saya. Rasanya seperti tidak berpijak di bumi nyata. Baru sebulan segalanya bermula tapi rasa macam dah setahun tidak bererti hidup ini.”

Setiap butir bicaranya bagai menusuk hati ini. Sahabat ana berkata bahawa sangkanya ana telah lama tahu tapi kenapa ana mendiamkan? Katanya dia menanti-nanti seseorang untuk membawanya kembali ke jalan pulang. Ana sedih sangat. Ana tunduk. Ana menekup muka ana dan hanya menjadi pendengar.

Ya Allah, baru hari ini kutahu..Tidak sampai dua jam yang lepas…Setitis demi setitis air mata ana gugur lantaran mendengarkan luahannya bagaimana beliau boleh jatuh ke lembah hina itu(lembah cinta manusiawi yang tidak halal). Ya Allah bagaimana kami boleh bersama tapi aku sedikitpun tidak tahu rahsia yang disimpannya…sebulan lamanya sedikitpun tidak aku terhidu yang buruk pada dirinya…

Dia meluahkan segalanya. Dia ternanti-nanti ada antara sahabat yang menegurnya tapi tiada. Hampir gugur jantung ana. Jika semua pejuang Islam menunggu teguran seperti ini,bagaimanalah ana menguruskan soal tarbiyah ini.

Akhirnya kami menangis bersama. Ana memeluknya dan menjelaskan sesungguh-sungguh padanya bahawa ana tidak mahu kehilangan sahabat ana yang dulu yang ana kenali dan ana kagumi dan ana hormati. Ana katakan padanya :

Kita manusia biasa punya hati dan perasaan. Tapi kita kena pendam sebab belum masanya. Anti pun tahu, ana juga menyukai seorang manusia, namun Allah menakdirkan kami belum dijodohkan. Bertahun lamanya, kerja ana hanyalah menangis setiap kali ingin menghantar mesej padanya.

“Ingatkan Yati kuat” kata sahabat ana terkejut.

Mana ada manusia yang tiada hati dan perasaan dan mana ada kekuatan yang datang tanpa pengorbanan untuk kuat. Itu fikir ana. Manusia suka fikir ana kuat tapi mereka tidak tahu ana berjuang untuk kuat, ana menangis dalam kuat dan ana menahan dan melawan sekuatnya untuk kuat.

Kami terus menangis bersama.

Kami bersama mengulang-ulangi prinsip hidup yang mendarah daging dalam diri kami. Ya.

Tiada cinta “ana”“anti” dalam hidup kami. Dan tiada istilah cinta islamik. Ana katakan pada sahabat ana, “walaupun ‘si dia’ mengejut sahabat ana qiam, ana katakan padanya, dalam bangun qiam siapa yang sahabat ingat? Pastinya Allah dan lelaki tersebut. Tak mungkin Allah sahaja.” Dia mengangguk mengiakan.

“Ini bermakna tetap berlaku penyekutuan pada Allah di situ. Dalam kebaikan pasti teringatkan ‘dia’ di samping ingat Allah. Di situ zina hati berlaku” ana mengingatkannya.

Dia mengangguk dan meminta dengan sangat supaya ana membantunya kembali ke jalan pulang. Ana katakan padanya, bantulah diri sendiri, Allah akan mempermudahkan insya Allah. Ana akan bantu tapi jika diri sendiri tidak mahu berubah, maka bantuan ana tiada gunanya.

Ana mengingatkannya akan pesanan mak ana bahawa seorang lelaki yang soleh akan tahu jalan ke rumah wanita solehah untuk bertemu ibu bapanya. Tiada jalan pintas.

Yakinlah wahai sahabatku, jika dia terbaik buatmu, dia akan bertemu ibu bapamu. Sahabat ana mengangguk dan menjelaskan dia sudah mengingatkan lelaki tersebut.

“Yakinlah sahabatku, di mana mawar berduri yang amat aku hormati dulu? Di mana mujahidah Islam yang sangat memelihara kehormatannya yang kukenali dulu?”

Kami terus menangis bersama.

Sahabat ana tahu benar tugas ana yang begitu besar untuk mentarbiyah adik-adik.

Kami menangis dan saling memberikan motivasi. Kami kena kuat kerana kami pembawa agama.

Ana ingat sangat mesej yang ana baru hantarkan padanya pukul 3 pagi itu, tak sangka Allah membuka hijab antara kami untuk saling bertegur untuk kebaikan pada petang yang sama. Allah tentu tahu sayangnya ana pada sahabat ana ini.

“ Wahai ukhtiku, ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi supaya ia bencikan sesuatu yang remeh, ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia bencikan kehinaan, berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara. Semoga ukhuwah ini akan menjadi saksi di akhirat sana, bahawa kita pernah bersama dalam episod perjuangan membela agama-Nya”.

Pada ana soal sahabat-sahabat yang fikrah Islamnya sudah jelas di hati, teguran sekali sudah cukup.

“Tolonglah ukhtiku, usah ulangi lagi. Kita ada banyak tugasan lain. Adik-adik perlukan kita, usah kita sendiri menjadi hamba pada nafsu.”

Azan Asar mengiringi episod tangisan kami berdua. Inilah pertama kalinya kami menangis bersama..

“ Kembalilah wahai ukhtiku, menjadi mawar berduri idolaku dan ikutan adik-adik. Allah mencintaimu ukhtiku sebab itu hanya sebulan ujian buatmu dan Dia menjemputmu kembali pada-Nya.”

Pesananku buat remaja. Sehinggalah ke saat lelaki yang kita suka menikahi kita, jika tiada urusan rasmi, jika nak menghantar mesej kepadanya ikutlah step berikut. Berikut adalah stepnya:

Ha 1.Hantarkan mesej yang hendak dihantar padanya kepada teman dan sahabat perempuan. Jika lagi baik pastikan nombornya tiada dalam hp kita.

2.Jika masih nak hantar mesej lagi pada si dia, cuba buat kerja lain. Sibukkan diri dengan ilmu. Banyakkan membaca.

3.Jika nak hantar mesej juga, habiskan kredit menghantar mesej pada teman dan sahabat perempuan.

4.Jika ada rasa nak mesej lagi, baca al-Qur’an. Sibukkan diri buat itu dan ini. Bergerak dan jangan termenung.

5.Jika masih runsing lagi dan kredit ada lagi, keluarkan sim card dari hp dan tidur.

6.Jika tidak boleh tidur, menangislah pada Allah mohon ketenangan hati sehinggalah tidur.

7.Esoknya, kita akan ke kelas dan lupakan. Insya Allah

8.Perasaan ini akan datang seminggu sekali tapi jika kita sibuk sebulan sekali mungkin, jadi, sibuk- sibukkanlah diri. Siapa yang sangat sibuk dengan dakwah nescaya, setahun hanya beberapa kali sahaja dia teringat si dia, lantas menangis sekejap sahaja dan kembali sibukkan diri, maka akan lupa.

9.Setiap kali perasaan rindu ini datang, ulang cara yang sama. Insya Allah.

10.Apa yang paling penting hubungan dengan Allah mesti jaga. Luahkan segalanya pada Allah setiap kali sujud terakhir dalam solat dan berdoalah

“ Robbana hablana min ajwajina wa zurriyatina qurrotaa’yunin waj’alna lil muttaqina imaama”.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakan kami suami dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikan kami kalangan hamba-Mu pemimpin yang bertakwa . Aamiin.

Maafkanku teman.

Akulah yang paling hina membiarkan dirimu hanyut sebulan lamanya dalam palsu cinta duniawi.

Moga Ramadhan al-mubarak yang kunanti menjadi noktah bidayah buat kita semua untuk kembali berserah diri, rindu dan cinta hanya untuk-Nya, ALLAHU Robbul ‘alamiin….dan bersamalah kita memperbaharui taubat kita pada-Nya.

Ya Allah kepada-Mu kami berserah diri dan bertawakkal.

Ana dan teman serta sahabat ana semua akan terus membela agama Allah biarpun pelbagai ujian melanda diri kami dalaman dan luaran.

“Tidak mahu kuakui tewas,

Biar menggunung badai menghempas,

Tidak mahu kuterus menangis,

lantaran pujukan-Mu cukup manis…”

(petikan dari buku Tautan Hati tulisan Kak Fatimah Syarha Nordin)

(Surah Yaasin adalah penghibur dukaku) Surah an-Nahl dan as-Soff juga *-*

Insya Allah.

Wallahua’lam.


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template