Sunday, April 26, 2009

~~animal= love........ subhanallah....

Here the swallow's the other half (wife) is injured and the condition is fatal. She was hit by a car as she swooped low across the road.
He brought her food and attended to her with love and compassion.

He brought her food again but was shocked to find her dead.He tried to move her......a rarely-seen effort for swallows!

Aware that his sweetheart is dead and will never be with him again, sadness filled his eyes and sorrow felt in his spirit.

He stood beside her as his heart weeps for his only love . Finally aware that she would never return to him, he stood beside her body with untold pain and despair.?Millions of people cried after watching this picture in America and Europe and even in India . It is said that the photographer sold these pictures for a nominal fee to the most famous newspaper in France .All copies of that newspaper were sold out on the day these pictures were published.

And many people think animals don't have a brain or feelings?


Thursday, April 23, 2009

BOLEHKAH KITA BERSABAR????


Terdapat seorang abid yang sangat terkenal dengan kesabarannya. Syeikh Abu Osman Al Hiri tidak pernah berasa kecewa, marah, putus asa akan apa sahaja yang menimpa dirinya, beliau akan bersabar. Walaubagaimanapun, terdapat seorang lelaki yang tidak percaya dengan sifat sabar yang ada pada diri Syeikh Abu Osman.

Pada suatu hari, lelaki tersebut menjemput Syeikh Abu Osman untuk menikmati jamuan bagi mengujinya. Sebaik sahaja sampai di muka pintu, Syeikh Abu Osman telah dihalau pergi dengan pelbagai herdikan dan cacian. Namun, Syeikh Abu berlalu pergi dengan sabar. Hanya beberapa langkah berjalan, beliau dipanggil kembali oleh lelaki tersebut. Kemudian dihalau semula oleh lelaki itu seperti yang dilakukan tadi. Hal ini telah berulang sebanyak 30 kali, namun Syeikh Osman tetap bersabar. Akhirnya, lelaki itu segera memohon maaf kepada beliau dan mengakui hanya untuk menguji kesabaran Syeikh Abu.

Syeikh Abu Osman kemudiannya berkata " apa yang kamu lakukan ini terlalu mudah, bahkan anjing pun boleh melakukan perkara yang sama. Cuba engkau perhatikan, anjing itu akan datang sekiranya dipanggil dan anjing akan pergi sekiranya dihalau tanpa rasa putus asa, marah, dan kecewa walau sedikit pun. Apalah ertinya kesabaranku jika ini juga boleh dilakukan oleh anjing yang tidak mempunyai akal."

Thursday, April 9, 2009

~iNsaFLah wahai diRi yg KerDil...... .........

“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi” (Thaahaa: 55)

Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap.. ALLAH TAHU! Sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.


p/s: sedar atau tidak, kita sentiasa mempunyai pelawat pada setiap hari, maka mari kita sama-sama persiapkanlah diri, dan tingkatkan amal, insyaAllah berjaya.....


~cube hayati gamba dbawh...lihatlah dgn mate hati...betape kerdilnye diri kte......
Lihat gambar-gambar di bawah ni terasa berdosanya kita semua meremehkan suruhan Allah..









































p/s: terasa kecil dan hina diri ini di sisi Allah jika nak dibandingkan dengan mereka... Insaf?? Maka laksanakanlah perintah Allah..

Pengumuman..Pengumuman...Dengar,Dengar

Salam ukhuwah....setelah sedikit perbincangan pada minggu lalu, usrah ITC PPISMP Semester 2 ditukar pada hari Ahad (malam selepas maghrib) disebabkan pertindihan waktu usrah dengan kuliah maghrib bermula pada 19 April 2009. Harap maklum...

Thursday, April 2, 2009

Pengumuman Penting

Salam ukhuwah....disebabkan beberapa masalah teknikal, Program Pemantapan Iman 2009 untuk usrah ITC PPISMP Semester 2 DITANGGUHKAN sementara dan akan diubah ke tarikh yg akan dimaklumkan. Selain itu, pada minggu hadapan iaitu 6 April 2009, usrah berjalan seperti biasa. Perbentangan mengenai tajuk 'panas' iaitu Pluralisme Agama oleh kumpulan kedua.Harap maklum...sebarang kesulitan amat dikesali. Setiap yang berlaku ada hikmahnya...insyaAllah.

Wednesday, April 1, 2009

Makanan Rohani...Lazatnye

Barisan Tertinggi Majlis Tarbiyah Nuqaba' merancang satu Program Pemantapan Iman untuk ahli-ahli usrah ITC PPISMP Semester 2. Maklumat lain :

Tarikh : Jumaat/3 April 2009
Masa : 3ptg-10mlm
Tempat : Sekitar IPGM KPI
Peserta : Ahli Usrah ITC PPISMP Semester 2 sahaja

Antara pengisian yg akan disampaikan
1) Konsep Biah Solehah di kampus - 3ptg
2) Riadah - lepas Asar
3) Bengkel - lepas Maghrib
4) Kuliah Isyak - lepas Isyak


Nota kaki :
Makanan disediakan.
Semua ahli usrah PPISMP Semester 2 diwajibkan menghadirkan diri.!!!
Kuliah-kuliah tersebut akan diberikan oleh pensyarah IPGM KPI.
Sebarang ketidakhadiran hendaklah dilaporkan kepada Pengerusi atau Naib Pengerusi ITC.
Sebarang maklumat perlu merujuk kepada Pengerusi atau Naib Pengerusi.
Sebarang maklumat tambahan akan disiarkan dalam blog ini.OK


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template