Friday, March 19, 2010

Antara Mahasiswa IPG, Pelatih Guru dan Budak Maktab



Bunyi seakan-akan tiada beza bukan. Hakikatnya jurang perbezaan antara ketiga-tiga 'golongan' itu adalah besar sekali.

Budak Maktab

Pergi ke kelas jika ada lecturer. Pulang ke hostel/rumah bila bosan di kelas. Tidur sampai lajak zohor. Petang-petang turun main bola/tenis/jogging sampai maghrib bila agak-agak dekat nak azan baru balik sambil gelak kuat-kuat. Lepas lepak-lepak makan malam, main CS/PES/FIFA. Agak-agak wireless kuat, main friendster 2-3 jam tak pun gelak sorang-sorang main kuiz bodo Facebook. Pukul 2 pagi tidur. Esoknya rutin yang sama sampai cukup 5 tahun setengah. Bila elaun lambat masuk dia paling kalut naik turun HEP sibuk dok tanya JPP bila duit nak masuk. Time exam mesej budak maktab lain mintak soalan spot. Bila tanya, tak payah susah-susah, pointer tinggi rendah keluar gaji sama semua.

Anda Budak Maktab?

Guru Pelatih.
Bangun pagi-pagi 7.30 dah siap berpeluh kat padang takut kena aimbush dengan lecturer. Bila lecturer bagi tugasan, terus pergi library cari buku. Cekap. Bila mesyuarat BIG dia paling kalut atur kerja untuk orang. Sungguh berwibawa. Balik dari kelas sharp 1.15 ptg. Petang-petang siapkan kerja mana yang tak siap. Tak bertangguh. Malam-malam pergi surau bila rajin. Ye la solat kat mana pun sama yang penting ikhlas kan. Bila exam buka buku sikit-sikit buat revision ikut silibus sambil dipandu oleh soalan spot yang diberi budak maktab tadi. Bila time exam baru tergerak bangun tengah malam, sayangnya bukan untuk bertahajud tapi untuk cover tajuk mana yang tak baca lagi. Dan rutinnya akan sama untuk 5 tahun setengah mendatang. Betul-betul berlatih jadi guru - ikut jadual yang dah ditetapkan.

Anda Guru Pelatih?

Mahasiswa IPG
Sama seperti Budak Maktab dan Guru Pelatih. Cuma Mahasiswa IPG ini tidak hidup dalam tempurung jadian. Hidupnya masih diatur tetapi bukan mindanya. Jasadnya masih mengikut kitaran bodoh pelajar IPG tetapi bukan jiwanya. Langkahnya masih terikat dengan peraturan tetapi bukan akalnya. Mulutnya dikunci tetapi bukan hatinya. Hidupnya bermatlamat, bukan kosong semata-mata bertatih menjadi guru. Dan matlamatnya tinggi sebagai revolusioner masyarakat, sebagai murabbi agung, sebagai pencetus kebangkitan ummah, sebagai penggerak dakwah yang hidup - bukan robot keluaran IPG!

Apakah anda Mahasiswa IPG?


Pilihan di tangan anda. Sama ada anda memilih untuk menjadi GURU YANG UNGGUL atau GURU YANG TUNGGUL.
Bangkitlah wahai budak maktab, wahai guru pelatih. Ayuh bersama kukuhkan soff, kuatkan benteng iman, tegakkan panji Islam. Tawan kembali minda kita yang telah disekularkan! KITA MAHASISWA ISLAM IPG SUPER POWER!!


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template