Sunday, January 24, 2010

Salam seperjuangan sahabat-sahabat 1 Aqidah…

Puas berfikir untuk mem’post’ entry baru… akhirnya… dengan izin Allah, dapatlah ilham menulis… kali ni, humaira nak ajak sahabat-sahabat renungi kisah ini.. ketika sibuk menelaah fail-fail ITC GEN 5, teringat pula akan Koleksi Pena Tarbiah, hasil usaha Lajnah Penerbitan Pusat Islam KMK… moga sama-sama dapat ambil iktibar..
Selalulah beringat..


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan..
Sedang dia menghirup udara rimaba yang segar itu, tetiba dia terdengar satu bunti.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.. aauuuuuummmmm.!!!!! Bunyi harimau yang sedang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya sahaja. Jadi, si hamba Allah ni pun larilah untuk menyelamatkan diri. Harimau itu kejar hamba Allah ni kerana ia dah betul-betul lapar…
Harimau itu kejar, kejar,kejar dan kejar. Hamba Allah ini punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar terselamt dari harimau tersebut.

Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk mnyelamatkan diri, si hamba Allah itu pun terjun ke dalam perigi itu. Perigi itu ada tali dan sebiji timba. Si hamba Allah itu bergayut pada tali itu. Tali itu pendek je. Jadi dia bergantung di tengah-tengah perigi itu.

Di mulut perigi, harimau yang kelaparan itu sedang mennti. Si hamba Allah berfikir macam mana nak selamatkan diri sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah-tengah duk fikir tu, tiba-tiba dia terdengar kocokan air di bawah perigi.. Aaaaaaaaa!!!! Ya Allah, lagilah seram dibuatnya.. nak tahu apa yang ada kat bawah tu?? Ada 2 ekor buaya yang sedang kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah itu. Atas ada harimau, bawah ad 2 ekor buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yang hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atsa tu, tikus ti gigit tali pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alaahh.. cam ner ni.. pas tu, keluar lagi seekor tikus yang bewarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, satu lagi. Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik atas, makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus, dan jatuh ke bawah, makan dek buaya. Macam mana nih..

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, terdengar satu bunyi …. Uuuuuuu… bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sdang membawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ked lam mulut si hamba Allah ini tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah itu berkata, “ fuh, manisnya madu ini, tak pernak ku rasa manisnya ini. Sedapnya, Subhanallah sungguh sedap madu ini.”

Kerana setitik madu, si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menntinya di mulut perigi dan si buaya yang sedang menantinya di bawah
Hurmmm.. sebenarnya nak bawak kan 1 analogi jer…

Kalau semua nak tahu, hamba Allah tu adalah kita semua. Harimau yang mengejar tu, adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so, beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adlah malaikat Munkar dan Nakir yang sedang menanti kiita di alam kubur. Tali yang tempat si hamba Alah itu bergayut adlah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita, dan kalau panjang talinya , maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam pula adalah dunia kita, siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu,… madu yang jatuh setitik ke dalam mullut hamba Allah itu adalah nikmat dunia. Bayangkan dengan setitik saja madu itu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah, bila dapt nikmat sikit, lupa pada Allah.. waktu susah, barulah nak ingat..

Astagfirullah…

Jadi, sahabat-sahabat, janganlah kita lupa dan alpa dngan nikmat kurniaan Allah. Tu baru setitik. Koreksi diri, tampunglah amal-amal yng pernah robek itu, moga beroleh keredhaan Allah. Ingatlah kita Cuma hamba yang hina, yang berasal dari setitis air mani yang hina, walaupun megah dan mahsyur nya kita di dunia ini, tapi sedarlah, siapa lah kita di sisi Allah andai iman dan taqwa tidak dibawa bersama…


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template