Monday, March 29, 2010

ZIKIR HARIAN

Oleh: IMAM AL-GHAZALI
Di dalam: AL-IHYA’ ULUMUDDIN

HARI AHAD

يا حي يا قيوم
Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk.

Fadhilat zikir:
Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.

HARI ISNIN

لا حول ولا قوّة الاّ با اللّه العليّ العظيم
Tidak ada upaya untuk menolak sesuatu kemelaratan dan mendatangkan sesuatu kemanfaatan melainkan Allah juga, Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agong

Fadhilat zikir:
Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud, dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah.

HARI SELASA

اللّهمّ صلّ على محمّد وعلى ال محمدّ وصحبه وسلّم
Ya Allah, kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabt.

Fadhilat zikir:
Setiap satu kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun.

HARI RABU

استغفر اللّه العظيم الّذي لا اله الاّ هو الحيّ القبّوم اتوب اليه
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong yang tiada Tuhan selain dari-Nya yang hidup atau yang menguruskan dan aku bertaubat kepada-Nya.

Fadhilat zikir:
Setiap satu kali bacaan , Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hatinya

HARI KHAMIS

سبحان اللّه وبحمده سبحان اللّه العظيم
Maha Suci Allah dan dengan kepujian-Nya , Maha Suci Allah Yang Maha Agong

Fadhilat zikir:
Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di Syurga.

HARI JUMAAT

يا اللّه
Ya Allah

Fadhilat zikir:
Allah akanmemberikan ketenangan hati kepada orang yang membacanya.

HARI SABTU


لا اله الاّ اللّه
Tiada Tuhan melainkan Allah

Fadhilat zikir:
Setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hamper kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.

Hiaskan lah diri anda dengan zikir-zikir ini sekurang-kurangnya 100 kali sehari,andainya tak terdaya janganlah pula tinggal semua. Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat paling mujarab untuk jiwa.

BERZIKIR




Dalam surah Al-Mulk ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud, “ Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada”. Jadi, boleh sahaja berzikir dengan bersuara atau dalam hati. Untuk menambahkan kekhusyukan, bolehlah dilakukan dengan memejamkan mata untuk melihat keagungan Allah SWT melalui ciptaanNya.

Inti daripada zikir adalah menyebut nama Allah. Namun, berdasarkan tuntutan Rasulullah SAW, berzikir bukan sahaja dengan ungkapan Allah tetapi boleh juga berupa kalimat-kalimat lain yang berbentuk penyucian, pujian, pengagungan dan lain-lain seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar.

Zikir boleh dilakukan di mana-mana pun, bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekalipun. Memang terdapat zikir yang dituntut oleh Rasulullah SAW setiap selesai solat fardhu dan itu sangat utama untuk dikerjakan. Menghadap kiblat adalah arah yang terbaik walaupun menghadap mana saja, di situlah wajah Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “ Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah, sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya ), lagi sentiasa Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah,ayat 115).

Bilangan zikir tidak terbatas, yang Allah perintahkan adalah zikirlah sebanyak-banyaknya. Allah berfirman, “ Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Ahzab,ayat 42)

Zikir secara sendirian adalah kewajipan bagi hamba Allah yang beriman. Adapun zikir secara berjemaah adalah sunnah Rasulullah SAW. Kedua-duanya memiliki faedah dan keutamaan yang besar.


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template