Thursday, April 23, 2009

BOLEHKAH KITA BERSABAR????


Terdapat seorang abid yang sangat terkenal dengan kesabarannya. Syeikh Abu Osman Al Hiri tidak pernah berasa kecewa, marah, putus asa akan apa sahaja yang menimpa dirinya, beliau akan bersabar. Walaubagaimanapun, terdapat seorang lelaki yang tidak percaya dengan sifat sabar yang ada pada diri Syeikh Abu Osman.

Pada suatu hari, lelaki tersebut menjemput Syeikh Abu Osman untuk menikmati jamuan bagi mengujinya. Sebaik sahaja sampai di muka pintu, Syeikh Abu Osman telah dihalau pergi dengan pelbagai herdikan dan cacian. Namun, Syeikh Abu berlalu pergi dengan sabar. Hanya beberapa langkah berjalan, beliau dipanggil kembali oleh lelaki tersebut. Kemudian dihalau semula oleh lelaki itu seperti yang dilakukan tadi. Hal ini telah berulang sebanyak 30 kali, namun Syeikh Osman tetap bersabar. Akhirnya, lelaki itu segera memohon maaf kepada beliau dan mengakui hanya untuk menguji kesabaran Syeikh Abu.

Syeikh Abu Osman kemudiannya berkata " apa yang kamu lakukan ini terlalu mudah, bahkan anjing pun boleh melakukan perkara yang sama. Cuba engkau perhatikan, anjing itu akan datang sekiranya dipanggil dan anjing akan pergi sekiranya dihalau tanpa rasa putus asa, marah, dan kecewa walau sedikit pun. Apalah ertinya kesabaranku jika ini juga boleh dilakukan oleh anjing yang tidak mempunyai akal."

1 comments:

Geekspro said...

Sekiranya Anjing yang takde akal tu pun sanggup bersabar kenapa kita yang berakal ini sangat payah untuk bersabar...Moga2 sabar menjadi pakaian kita..

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template