Tuesday, July 28, 2009

Definisi Da'wah Kami


دعوة الناس إلى الله تعلى بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هي أحسن حتى يكفروا بالطاغوت ويؤمنوا باللله ليخرجهم من الظلمات الجاهلية إلى نور الإسلام

"Menyeru manusia kepada Allah SWT dengan penuh hikmah dan contoh teladan yang baik serta berbantahan dengan cara yang terbaik, sehinggakan mereka kufur kepada taghut dan beriman kepada Allah, untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kejahilan kepada cahaya Islam"

Monday, July 27, 2009

BiNgkAi KeHidUpAn



Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan mejadi saksi perjuangan

Allahu Ghoyatuna
Ar rasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al Jihadu Sabiiluna
Al Mautu fi Sabilillah
Asma' Amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi

Thursday, July 16, 2009

Sunday, July 5, 2009

PERJUMPAAN ITC KALI KE-2 SEMESTER INI

Salam..untuk pengetahuan
perjumpaan ITC akan di ada kan pada
TARIKH : 5 JULAI 2009 = 12 REJAB 1430H
HARI : AHAD
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT : BK 4.08 / PPISMP 3.02

SEMOGA SEMUA SAHABAT DAPAT MENGHADIRKAN DIRI

DIDAHULUKAN DENGAN UCAPAN SYUKRAN JAZILAN

SEMOGA KITA SENTIASA DALAM LINDUNGAN DAN RAHMAT ILAHI

Thursday, July 2, 2009

GERAKAN FREEMASONRY..

#Gerakan Freemasonry,satu lagi ideologi yang mula bercambah dan menyelimuti minda umat Islam dewasa ini. selain pluralisme, sosialisme, sekularisme dan liberalisme gerakan freemasonry jangan dipandang enteng. ini kerana, gerakan ini didalangi oleh musuh umat Islam, yakni Yahudi, yang telah banyak membina amarah, mencipta kebencian dan merembeskan air mata kedukaan umat Islam khususnya.kenalilah gerakan ini, dan bersamalah membina benteng kekuatan dinubari! ALLAHUAKHBAR!

FREEMASONRY secara umum diterjemahkan sebagai pertubuhan persaudaraan dan dalam kamus dwibahasa ia memberi erti semangat persaudaraan sesama ahli pertubuhan.

Jika dilihat pada zahir pengertian itu, tiada apa yang tidak kena padanya.

Tetapi sedar atau tidak, ia suatu pertubuhan yang sangat bahaya kepada umat Islam kerana agendanya untuk melenyapkan ketaatan beragama, sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia.

Buku Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam membongkar pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa itu yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial.

Gerakan itu dipelopori orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, seterusnya melebarkan kuasa ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan Madinah.

Ia ditubuh serta dirancang oleh Yahudi untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katolik khususnya, namun kemudian mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Buku ini membincangkan secara terperinci agenda dan dakyah yang cuba dimajukan Freemasonry serta sekutunya yang berantaian di seluruh dunia dalam usaha memberikan kesedaran kepada umat Islam.

Antara misi Freemasonry seperti dilaporkan ialah menyebarkan ideologi ilhadiyah iaitu suatu fahaman tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganuti sebarang agama.

Buktinya sebagaimana kata seorang Freemasonry, Proudon: "Freemasonry adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seseorang anggota Freemasonry yang berkata-kata mengenai kewujudan tuhan, maka yang dimaksudkan adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap tuhan dan manusia sebagai suatu benda."

Menurut penulis muda ini, kedua-duanya berkelulusan dari Universiti al-Azhar, gerakan terbabit juga menubuhkan pelbagai pertubuhan bersifat kemanusiaan dan kebajikan seperti pertubuhan Bahaiyah, Kesaksian Yehova dan pertubuhan yoga.

Pertubuhan Bahaiyah misalnya, timbul di Iran pada 1844, diasaskan seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam menggunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang meninggal dunia pada 1853.

Ia dikatakan timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan bernama Syirazi di wilayah Iran.

Mirza Ali dikatakan mendakwa dirinya 'albab' yang bermaksud pintu.

Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman.

Perkataan albab diambil daripada sabda Nabi yang bermaksud: "Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya."

Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali adalah pintu yang dimaksudkan itu, tetapi Mirza Ali mendakwa dirinya seperti dimaksudkan hadis terbabit dan menamakan ajarannya sebagai Babiyah atau Bahaiyah.

Fasa awal penubuhannya, pergerakan ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pada zahirnya cenderung kepada amalan Islam tulen, tetapi kemudian ia jelas menyeleweng daripada kehendak Islam.

Mirza Ali merumuskan agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari Tuhan dengan mengajak semua penganut agama terbabit membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu dipanggil dinullah atau agama antarabangsa.

Sekiranya dikaji fahaman itu lebih mendalam, kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ilhadiyah sebagaimana matlamat dikehendaki Freemasonry.

Mereka yang mengikuti ideologi Bahaiyah menganut fahaman wahdatul wujud iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan.

Fahaman ini sudah tentu ternyata sesat dan syirik kepada Allah yang Maha Esa.

Pergerakan Illumanity (cahaya), ditubuhkan Adam Weishaupt pada 1776. Beliau seorang anggota Freemasonry yang murtad daripada Kristian serta meninggal dunia pada 1830.

Illumanity dinisbahkan kepada satu daripada kumpulan Yahudi. Mereka menamakan Illumanity sempena nama iblis, selaku pemerintah tunggal alam ini dengan pusat pentadbirannya di Segitiga Bermuda, tempat tinggal Dajjal.

Lambang pertubuhan terbabit dikatakan terdapat pada mata wang Amerika Syarikat, menunjukkan negara itu dikuasai bangsa Yahudi. Pereka mata wang itu seorang anggota Freemasonry daripada pergerakan Illumanity, Pat Robertson.

Antara matlamatnya ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka, semangat cintakan tanah air dan semua agama sedia ada di dunia supaya manusia dapat dipaksa menganuti ideologi bersifat antarabangsa.

Tuesday, June 30, 2009

Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Budaya ilmu merupakan satu budaya yang amat penting bagi seseorang guru. Guru sebagaimana yang kita sedia maklum merupakan agen pemikir, pencambah idealisme , pengembang budaya, suara golongan pertengahan dan bawahan , murobbi, juru tunjuk dan pelbagai peranan atau fungsi lagi .

Segala peranan atau fungsi ini tidak mampu direalisasikan oleh seseorang guru melainkan dengan ilmu. Persoalan di sini. Adakah ilmu itu hanya sekadar ilmu yang kita peroleh di bilik kuliah sahaja ?
Bagaimana dengan ilmu-ilmu yang lain yang merupakan satu prospek yang penting bagi membina idealisme dan sifat kepimpinan bagi seorang guru.

Tidak melampau kiranya seandainya saya berpandangan bahawa peraturan-peraturan dan akta-akta yang mengikat para guru pada hari ini (Peraturan -peraturan Institut perguruan dan Akta 174)merupakan satu halangan yang seolah-olah tidak dapat diterobos oleh sebahagian daripada mentaliti guru pelatih IPGM.
Bayangkan sendiri apabila sebahagian guru pelatih tidak berani untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Badan-badan luar dari IPGM seperti badan-badan bukan kerajaan walaupun program tersebut bersifat ilmiah, tarbiyah dan penting bagi kefahaman islam dan kepimpinan guru pelatih itu sendiri.

Saya secara peribadi beranggapan guru-guru peltih ini seumpama robot-robot yang hanya tahu melakukan sesuatu sepertimana yang telah diprogramkan.
Pengalaman saya sendiri dengan sahabat-sahabat yang tidak ikut usrah maupun program, kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan dengan bermain permainan komputer, membaca komik, lepak, menonton wayang dan vcd dan sebagainya. Apakah guru seumpama ini diharapkan untuk mendidik anak-anak kita supaya menggunakan masa dengan berfaedah?
Apakah mereka (guru-guru peltih yang bersifat demikian) mampu bercakap soal idealisme, kepimpinan, isu-isu kebejatan sosial, politik semasa, dan persoalan moral dan agama?
Saya tidak bermaksud bahawa mereka yang melakukan perkara tersebut merupakan guru yang tidak bermoral dan berakhlak , tetapi apakah yang boleh diharapkan dengan guru-guru seumpama ini.Itu baru beberapa kes yang disifatkan kecil .

Ini tidak termasuk lagi dengan guru-guru pelatih yang kerap kali pergi ke kelab malam dan gig untuk berhibur, berdua-duaan (amalan berpasangan tanpa nikah) , dan pelbagai perkara yang memualkan dan menjijikkan untuk didengari.

Di IPGM saya pernah berlaku kejadian di mana sepasang guru pelatih ditangkap BOGEL di waktu malam .Apa tindakan yang HEP buat? DENDA RM 500.00 SAHAJA. Ini merupakan hukuman paling minimum yang dikenakan terhadap kesalahan berat seumpama ini. Penzina hendak didik generasi depan ? Ini baru di IPGM saya yang amat saya cintai . Bagaimana dengan IPGM teman-teman di luar sana? Bagi saya perkara seumpama ini tidak akan berlaku seandainya budaya ilmu dan akhlak diberikan penekanan utama bagi setiap IPGM di seluruh Malaysia, yang akan mencetak ramai guru-guru pelatih yang akan melahirkan berjuta-juta lagi pelajar dari beberapa banyak generasi .

Bukankah seandainya seorang guru itu menyebarkan satu ajaran salah, kemudian diikuti oleh pelajar mereka, nescaya dosa guru tersebut akan berterusan selagi ada yang mengamalkannya ?
Ilmu sahaja tanpa penghayatan akhlak dan pedoman agama merupakan satu kegagalan pada penghayatan sistem pendidikan itu sendiri .Bayangkan sendiri apabila terdapat partikel pemisahan antara kedua-dua entiti tersebut, maka lahirlah golongan yang hanya tahu mencari nafkah, berkeringat pagi dan petang , namun halatuju dan fokus sebenar dalam hidup itu lari dari landasan yang yang sebenar. Maka hasilnya, kita boleh lihat pada hari ini.
Natijah akibat kebejatan akhlak dalam diri, maka terhasillah banyak perkara yang tidak masuk akal pada suatu ketika dahulu ,tetapi menjadi suatu perkara yang terlampau biasa pada masa kini. Sebagai contoh, seks berkumpulan , raba mangsa beramai-ramai sebelum disebar ke dalam internet dan telefon bimbit, rakam aksi lucah sendiri, ragut , pelajar belasah guru, dan pelbagai ragam lagi yang memeritkan untuk difkirkan.

Siapakah yang bersalah dalam soal ini? Pendidikan atau keadaan? Kita di IPGM hanya didedahkan dengan APA YANG KITA AKAN AJAR , BUKAN APA YANG SEPATUTNYA KITA AJAR. Sebagai seorang yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat , guru-guru pelatih seharusnya ingat bahawa tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangka. KITA BUKAN ROBOT, kita merupakan roh-roh baru yang akan menyeliputi dunia ini dengan Islam yang syumul dan menjadi tentera-tentera yang suatu hari nanti akan menegakkan sebuah daulah Islamiyah di dunia.

Sedarilah olehmu, wahai guru. Peranan guru dalam perjuangan membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah tidak harus dilupakan . Siapa tidak kenal Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba?). Siapa tidak kenal Ustaz Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang merupakan seorang guru agama? Siapa boleh lupa peranan dan idealisme yang mebak-buak di Sultan Idris Training College (kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ?
Bangkitlah olehmu ,para guru! JANGAN TERUS LENA LAGI.

Ahmad Zhafri bin Md Noor
Pengerusi Lujnah Media dan Informasi
Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara

#artikel ini ditulis oleh seorang sahabat yang sangat peka dengan segala isu yang melanda umat Islam kini dan sangat aktif menulis. semoga ia bermanfaat buat sahabat-sahabat. fiki kan lah bersama-sama..

MABIM '09

Semua ahli ITC PPISMP Ambilan Julai 2008 diwajibkan hadir ke MABIM 2009. Harap maklum...



Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template