Thursday, May 7, 2009

reMaja ISLAM harus KUAT.........

Alhamulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kita ruang dan kesempatan untuk kita mengislah diri dan merenung kembali apakah tanggungjawab dan peranan kita sebagai remaja Islam untuk berhadapan dengan mehna ditengah-tengah masyarakat jahiliah pada hari ini. cabaran memang sangat memerlukan kekuatan dan semangat jihad yang tinggi untuk menghadapinya lagi-lagi kita sebagai remaja pewaris Rasulullah SAW untuk menegakkan syariat Islam pada hari ini.

Umar Al-Khattab r.a pernah mengatakan bahawa jika hendak melihat kekuatan sesebuah Negara, lihatlah keadaan remajanya. bagaimana keadaan kita ?
sahabatku sekalian, memang ramai dalam kalangan umat Islam pada hari ini sudah tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya. Satu generasi yang paling ditakuti oleh orang2 kafir ialah generasi Rabbani, iaitu generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia. Generasi yang mempunyai sifat yang zuhud dan takutkan Allah tetapi juga punya jihad yang tinggi. Firman Allah SWT:

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." (Al-imran: 79)

generasi inila sebenarnya yang menjadikan umat Islam hebat pada suatu masa dahulu. iaitu generasi yang kian hilang sedikit demi sedikit. mengapa perkara ini belaku? semua ini adalah angkara kafir laknatullah yang telah merosakkan fikiran kita(remaja khususnya) supaya kita melupakan ajaran agama kita, melupakan Al-quran sebagai petunjuk dan jalan untuk kita mendapat bahagia yang hakiki, bukan bahagia yang fana. setelah mereka tewas dengan jihad umat Islam, mereka melancarkan peperangan secara tidak langsung iaitu serangan pemikiran dengan meracuni fikiran remaja Islam dengan hiburan yang melampau2, teknologi hebat yang melalaikan remaja daripada menjalankan tanggungjawab sebenar, mereka ingin melenyapkan generasi Rabbani ini secara beransur-ansur seperti dalam firman Allah SWT:

" Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). (surah Fussilat:26)

Hasil daripada serangan pemikiran ini yang melemahkan umat Islam. Fikiran umat Islam sudah dikuasai oleh barat sehingga mereka sudah cintakan dunia dan takutkan mati. sebab itu ramai diantara umat Islam yang bertungkus lumus untuk mengejar harta, pangkat, agar mereka dapat menikmati semua tu sebelum mereka mati meninggalkan dunia yang mereka anggap sebagai syurga mereka didunia. umat Islam sekarang takutkan mati sebab takut akan kehilangan segala-galanya yang ada didunia ini, takut untuk mengamalkan ajaran Islam sebab jika melakukan semua kerja itu pasti akan kehilangan semua harta yang telah dikumpul, pasti kehilangan pangkat yang dikejar2 selama ini .kalau dulu umat Islam amat disanjungi dan dihormati masyarakat dengan sifat zuhud dan kegemilangan dalam tamadun Islam sudah terserlah. tetapi kini, umat Islam disembelih dengan sesuka hati, agama kita sudah diperlekehkan disebabkan generasinya yang telah lenyap. kebanyakan umat Islam pada hari ini bukan tidak tahu dengan hukum2 dan ajaran Islam, tentang dosa dan pahala, tentang syurga dan pahala, tetapi buat2 tak tahu kerana ingin melakukan sesuatu yang disukai nafsu mereka, yang menjadikan nafsu sendiri sebagai Tuhan. Firman Allah SWT:

” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

sudah jelas kepada kita bahawa tugas kita sebagai umat Islam, lebih-lebih lagi remaja seperti kita adalah untuk mengubah keadaan masyarakat, membina ummah dan mewujudkan kembali generasi Rabbani. Imam Hasan Al-Hudhaibi pernah mengatakan, tegakkanlah daulah Islam didadamu, nescaya akan tertegak dinegaramu. kata2 ini member penjelasan kepada kita bahawa jika ingin mengubah cara hidup masyarakat pada hari ini,mengembalikan kegemilangan Islam dan merealisasikan kebangkitan Islam semula, kita hendaklah tegakkan, kukuhkan Islam itu pada diri kita terlabih dahulu, barulah Islam akan kembali gemilang bila semua umat Islam telah faham akan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

wahai sahabatku yang mempunyai semangat untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini, marhalah ini sebenarnya cukup panjang dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang banyak, apatah lagi sebagai remaja dan pelajar, kita perlukan satu perancangan yang rapi bukan sikap tergopoh-gapah dalam mengecapi sesuatu. sebab itulah perkara utama yang perlu kita lakukan demi mencapai matlamat kita ialah melalui tarbiyyah fardi, yakni tarbiyyah secara individu bagi memantapkan lagi iman, kesungguhan dan keyakinan kita menyusuri jalan Allah. bagaimanakah matlamat ini akan tercapai jika umat Islam kini sudah tidak tahu akan kepentingan solah pun.

memang ramai dikalangan kita yang tidak mementingkan solah. umat Islam sekarang sudah dianggap lemah, tapi juga dianggap sebagai pengganas, ini semua terjadi disebabkan generasi pada hari ini sudah goyah akidahnya. generasi yang tidak melalui proses tarbiyyah ini pasti akan terperangkap dengan jerat yang dibuat oleh orang2 kafir. proses ini walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan sanggup mengorbankan harta dan jiwanya demi menegakkan syiar Islam.

jikalau kita melihat kembali sejarah Islam, semasa pemerintahan Sultan Muhammad AlFatih, kita rasa kagum bila beliau Berjaya menawan kota konstantinople ketika umur beliau 19 tahun, ketika masih remaja lagi. kita sedia maklum yang kota tersebut sudah lama ingin ditawan semenjak 800 tahun lagi. hal ini disebabkan tentera2 yang dipilih oleh Sultan Muhammad AlFatih mempunyai akidah yang cukup tinggi serta kuat beribadat. Siltan sendiri seorang yang kuat beribadat buktinya semasa pemilihan imam solat jumaat yang pertama selepas penawanan kota konstantinople, Baginda telah terpilih kerana sentiasa solah diawal waktu dan tidak pernah meninggalkan solat sunat(rawatib dan tahjjud) dalam hidup baginda. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"konstantinople akan jatuh ketangan umat Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"(HR Ahmad)

kebangkitan Islam boleh direalisasikan dengan bermulanya tarbiyyah individu muslim dan seterusnya. bagi memulakan usaha daulah Islamiyyah ini kita memrlukan individu yang berkualiti dan mampu melaksanakan resolusi pada masa kini.
sahabatku, kita mulakan dengan diri kita sendiri, Sultan Muhammad AlFatih telah menggunakan masa remaja baginda mempertahankan agama Allah SWT, para sahabat juga mengalami masa remaja mereka dan menggunakannya untuk berjihad dan berkorban pada jalan Allah SWT..
jadi mengapa kita tidak boleh.!!

wallhua'lam

0 comments:

Post a Comment



Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template