Tuesday, March 9, 2010

Perutusan Pengerusi ITC

Assalammualaikum w.t.b dan salam perjuangan...

bersyukur ke hadrat Ilah kerana Allah masih memberi kekuatan kepada kita semua, mengecapi nikmat Iman dan Islam yang amat berharga dalam hidup sebagai seorang hamba yang kerdil di muka bumi ini...Semoga dengan nikmat ini mampu kita manfaatkan dengan sebaiknya, untuk meneruskan perjuangan kita sebagai khalifah di muka bumi, memakmurkan dunia dengan amar makruf nahi mungkar..

Alhamdulillah, telah selesai FASA 1 yang berlangsung selama sebulan (17/O2-17/03).. FASA 2 sedang berlangsung dan diharapkan ia dapat diisi dengan sebaiknya, demi pengislahan para nuqaba' ITC GEN 5.. syukran jazilan buat semua yang telah bertungkus lumus memastikan setiap aktiviti yang dirancang menemui puncak kejayaan.

antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan ialah:

1) Muslimat Power (LSK) – semua naqibah berjoging di sekeliling kampus, sarapan dan halaqah
2) Sabtu Pagi (LTK)– qiamullail, kuliah Subuh, sarapan
3) Barang Amanah (LRD) – penanda buku yang berisi kata-kata hikmah
4) One Love (LDS)- insan terpilih bersama kakak usrah
5) Tautan Ukhwah (LUK) – bersalaman usai usrah ITC
6) Modul Nuqaba’ (LUD) – penyediaan isi usrah mingguan untuk rujukan nuqaba’
7) Blog ITC (LSP) – up date informasi

Semua dipermudahkan Allah dan natijahnya, program yang dirancang meninggalkan kesan buat semua nuqaba’, Insyaallah. Moga FASA 2 ini akan memberi peluang buat semua lujnah untuk lebih membina perancangan yang bukan sahaja kreatif, tetapi jua yang mampu memberi impak dan bermanfaat, dan seterusnya mampu melahirkan nuqaba’ yang berjiwa kental,berani dan berprinsipkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Syukran buat semua nuqaba' yang telah banyak memberukan komitmen pada setiap perancangan lujnah dan juga komitmen bersama adik-adik usrah serta usrah ITC GEN 5, dan tidak lupa buat semua ahli Dewan Harian dan Liqa' Fikri yang tidak lekang menghulur bantuan idea dan buah fikiran. hanya Allah yang mampuu membalas jasa kalian.

SALAM PERJUANGAN..

Muhammad Nursalam b Kamaruddin
Pengerusi ITC GEN 5

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template