Friday, February 20, 2009

Pengenalan Usrah
DEFINISI “USRAH”
-berasal dari kalimah bahasa Arab yang membawa maksud “keluarga”
- satu unit kumpulan individu-individu Muslim yang beriman dengan Allah, yang diikat dengan kesatuan aqidah (keimanan) ,kesatuan pemikiran (fikrah), dalam memahami dan menghayati Islam secara syumul.
-keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh iaitu ikatan aqidah, yang merupakan ikatan yang paling bersih dan paling mulia.

SEJARAH “USRAH”
-bermula pada zaman Rasulullah (S.A.W) apabila seramai 30 lelaki dan wanita memeluk Islam (Assabiqunal- Awwalun).
-Rasulullah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran Islam,tunjuk ajar dan nasihat.
-seruan ini telah berjaya menarik 40 orang lagi memeluk Islam.
-penerusan dan penyambungan usrah telah dilaksanakan oleh para sahabat Baginda, para tabi’ tabi’n dan sehingga era globalisasi sekarang.
-usrah telah dijadikan sebagai tunjang kepada pergerakan tarbiyyah sepertimana yang ada pada Ikhwanul Muslimin hingga ke hari ini.

RUKUN “USRAH”
1) Ta’aruf
-berkenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah dan menyedari serta memahami pengertian hakikat ukhuwah sejati antara satu sama lain.
-memelihara agar ukhuwah ini tidak dicemari oleh sesuatu yang boleh merosakkan hubungan.
-firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 :
Maksud:Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

2) Tafahum
-saling memahami sesama anggota usrah di dalam beramal dan bertindak adalah penting
-jika persefahaman wujud, maka segala nasihat dan teguran yang membina dapat diterima dengan baik.

3) Takaful
-ada kesedaran untuk tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
-firman Allah dalam surah Al-Maaidah ayat 2 :
Maksud:Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

0 comments:

Post a Comment



Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template