Friday, February 20, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat.
Alhamdulillah dengan pertolongan dan pemeliharaan Allah, dapat pihak kami (Majlis Tertinggi ITC PPISMP Semester 2/Ambilan Julai 2008) mewujudkan sebuah blog yang bertujuan untuk berkongsi ilmu dan menjadi platform bagi guru pelatih IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor khususnya ahli-ahli kumpulan usrah kami untuk berkongsi apa sahaja maklumat/pengetahuan yang berguna. Diharap usaha kecil ini dapat memberikan impak yang besar dalam usaha melahirkan “The Quranic Generation”; iaitu generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai ‘novel’ dan pegangan hidup bagi seorang hamba.
Semoga Allah meredhai usaha kecil ini yang tujuannya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan memberi kekuatan kepada guru pelatih IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor khususnya ahli-ahli kumpulan usrah kami supaya dapat menjadi guru yang ‘hebat’ kelak.

0 comments:

Post a Comment



Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template