Sunday, November 22, 2009

Realiti di Jalan DAKWAH

INILAH JALANNYA

Begitu lama ukhuwah kita bertaut atas jalan ini
Sejak bila, pertemuan pertama, dimanapun sudah kabur di ingatan
Sekian lama ikatan kasih ini terjalin
Sekian lama jugalah aku memendam rasa
Agar kita meniti jalan yang sama, jalan yang panjang penuh cabaran
Begitu banyak kini yang kita raih
Begitu banyak jualah yang masih kita tagih
Impian kita akan sentiasa tinggi
Sebagaimana tingginya hakikat keimanan yang haq itu
Impian kita akan sentiasa kita perjuangkan
Sebagaimana tekadnya sang pejuang qital memburu syahid
Impian kita akan sentiasa kita kongsikan
Sebagaimana kita berkongsi makan diwaktu kepayahan
Ayuh kita layangkan pandangan pada impian ini
Tataplah sinar kejayaan yang pasti itu dengan semangat membara
Agar kita bina halatuju ini kepadanya
Yakinlah ia ada dihujung jalan
Suatu jalan yang panjang, payah dan sukar memang pasti
Menuntut kualiti yang bukan calang-calang
Memerah keringat yang tidakkan terdaya
Begitu banyak lompong hari semalam
Apakah kita layak untuk sekalipun duduk atas jalan ini?
Izzahlah dengan apa yang kita kerjakan!
Moga lompong semalam kita isi di waktu mendatang
kerana tiada lompong atas muka bumi melainkan ia akan segera diisi semula
baik dari tanah mahupun sekujur tubuh manusia
Tika jasad-jasad kita tidak lagi bersua
Tika suara kita tidak lagi saling berbicara
Tika ruh kita menghadap yang maha Esa
Menuntut belas kasih dan rahmanNya
“Ya Allah..aku telah meniti jalan keredhaanMu”
Mampukah kita ucapkan yang sedemikian?
Redhakah kita atas apa yang telah kita kerjakan?
Sahabat, Inilah jalannya
Thabatlah, kerana tiada lagi jalan yang lain

p/s: artikel di copy
krn sgt bermakna
renung2kan

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template